fbpx

Tahnik dan Tahliq

Darul Ajyal menyediakan perkhimatan Tahnik dan Tahliq untuk anda yang baru sahaja menerima cahaya mata.

Apa itu Tahnik dan apa kelebihan bertahnik?

Tahnik bermaksud membelah mulut bayi dengan buah tamar yang dikunyah dan digosokkan ke lelangit bayi, dan sebahagiannya lagi masuk ke dalam perutnya.

Waktu paling afdhal untuk bertahnik adalah selepas kelahiran ataupun kurang daripada 7 hari.

Orang yang paling afdhal untuk melakukan tahnik adalah orang yang soleh, ahli ibadah, atau orang yang bertaqwa.

Antara hikmah bertahnik adalah untuk menguatkan mulut dan lidah supaya bayi bersedia untuk menyusu. Dan dapat mengambil berkat daripada orang yang soleh agar bayi itu akan turut menjadi orang soleh apabila dia dewasa.

Apa itu Tahliq dan kelebihan bertahliq?

Tahliq (mencukur rambut bayi) merupakan sunnah Rasulullah ﷺ yang afdhal untuk diamalkan setelah bayi baru lahir.

Menjaga kebersihan bayi

Bayi akan bebas dari penyakit kerana rambut bayi yang pernah diselaputi darah semasa dalam kandungan dan proses kelahiran akan dibuang.

Mendapat pahala bersedekah

Sangat digalakkan dan sunnat ditimbang rambut yang dicukur itu dengan emas atau perak, kemudian disedekahkan kepada orang yang memerlukan.

Mengamalkan sunnah Nabi ﷺ

“Timbanglah rambut Hussein, dan sedekahkanlah dengan kadar timbangan itu dengan perak dan hadiahkan kepada bidan kaki binatang akikah itu.” Hadis riwayat Hakim dan al-Baihaqi.

Tahnik dan Tahliq

$ 250
  • Tahnik
  • Tahliq (Cukur rambut)

Tahnik, Tahliq dan Aqiqah

$ 500 Seekor kambing: $250
  • Tahnik
  • Tahliq (Cukur rambut)
  • Aqiqah seekor kambing termasuk jamuan

Pengurus

Ustaz Ismail Ahmat El-Ajyali

Daftar di sini

Sila isi borang ini. Kami akan menghubungi anda untuk langkah seterusnya. Pembayaran boleh dilakukan secara bank transfer atau PayNow.

Maklumat anda
Pakej Tahnik dan Tahliq

Sertai Kursus Imam kami

Kami juga menyediakan kursus Imam untuk anda.