fbpx

Projek Jamuan Ihsan Palestin untuk Lebaran Syawal 2022

26 April 2022

Sempena menjemput bulan Syawal yang bakal tiba, kami di Darul Ajyal ingin menyeru kepada sesiapa yang berminat untuk menghulurkan bantuan kepada keluarga Muslim di Palestine yang kini ditindas oleh orang-orang zionist. Kami berharap anda semua dapat menyahut usaha kami yang murni ini agar kita dapat menghulurkan bantuan kewangan untuk projek yang baru ini:

Projek Jamuan Ihsan Palestin untuk Lebaran Syawal 2022

Tujuan mengumpulkan sumbang ini adalah untuk mengembirakan mereka dengan jamuan makan minum yang sedang mereka memerlukan saat ini.  Dengan sumbangan anda ini, semoga ianya dapat meredakan penderitaan dan beban yang sedang mereka alami sekarang ini, semoga Allah memberkati rezeki anda semua dan membalasi baik budi anda dengan sebaik balasan InsyaAllah. Amin.

Bagi sesiapa yang berminat untuk menyalurkan bantuan Ihsan Palestin ini, salurkanlah sumbangan anda serendah $50 sahaja untuk 1 nama dengan niat untuk beramal Jariah ini.

Semoga Allah murahkan rezeki anda sekeluarga dan peroleh pahala dan ganjaran daripada Allah yang berterusan, insyaAllah.

Sumbangan ini akan kami salurkan melalui Badan Kebajikan yang masyhur dan bertanggungjawab di Malaysia, Aman Palestin.

Sumbangan boleh dilakukan secara:
  1. Paynow: Sila salurkan derma anda ke nombor ini 97847964
  2. Transfer ke POSB Acc: 024-50506-5

Sila transfer atau Paynow kepada kami dan jangan lupa sertakan nama para penyumbang dan gambar resit anda dan WhatsApp pada kami setelah anda salurkan melalui Paynow atau transfer.

Bayangkan pahala ihsan anda jika anda menyumbang untuk jalan Allah ﷻ untuk menghidupkan kepedulian anda buat mereka semuanya yang teraniaya dan menderita sekarang ini. Dengan doa mereka, setiap sumbangan anda akan bertukar menjadi ganjaran pahala semasa kita hidup apatah lagi setelah kita kembali kepada Allah.

Bayangkan pahala ihsan anda jika anda menyumbang untuk jalan Allah ﷻ untuk menanamkan kepedulian anda buat mereka semuanya. Dengan doa mereka, setiap sumbangan anda akan bertukar menjadi ganjaran pahala semasa kita hidup apatah lagi setelah kita kembali kepada Allah.

Tambahkanlah amal jariah anda sebagai bekalan anda untuk di hari Akhirat anda dan galakkan ahli keluarga anda yang lain serta teman dan taulan agar turut sama menyumbang projek Ihsan ini. Semoga Allah berkati rezeki anda.

Projek Ihsan ini di bawah pimpinan Darul Ajyal Learning Centre & Services pimpinan U.H. Ismail Ahmat El-Ajyali. Sila hubungi kami di talian 9784 7964 untuk keterangan lanjut.