fbpx

Projek Ihsan 2021: Kemboja

7 October 2021

Darul Ajyal ingin menyeru kepada sesiapa yang berminat untuk menghulurkan bantuan kepada keluarga fakir miskin di Kemboja pada musim pandemik ini akibat kurang bekalan makanan.
Oleh itu, kami ingin mengumpulkan dana untuk membantu 500 keluarga dengan menyumbang sebanyak $30 sahaja atau jumlah sumbangan berdasarkan kemampuan anda. Sumbangan ini akan digunakan untuk membeli beras seguni untuk satu keluarga yang sedang memerlukan sekarang ini.
Ayuh, salurkanlah sumbangan anda dengan menyumbang secara peribadi, agar kami dapat salurkan amal jariah buat mereka sebagai jamuan harian mereka sekeluarga.
Kasihanilah mereka bersama keluarga yg sedang memerlukan sumbangan anda. Semoga Allah murahkan rezeki anda sekeluarga. Amiin.
Sumbangan boleh dilakukan secara:
  1. Paynow: Sila salurkan derma anda ke nombor ini 97847964
  2. Transfer ke POSB Acc: 024-50506-5

Sila transfer atau Paynow kepada kami dan jangan lupa sertakan nama para penyumbang dan gambar resit anda dan WhatsApp pada kami setelah anda salurkan melalui Paynow atau transfer.

Bayangkan pahala ihsan anda jika anda menyumbang untuk jalan Allah ﷻ untuk menanamkan kepedulian anda buat mereka semuanya. Dengan doa mereka, setiap sumbangan anda akan bertukar menjadi ganjaran pahala semasa kita hidup apatah lagi setelah kita kembali kepada Allah.

Tambahkanlah amal jariah anda sebagai bekalan anda untuk di hari Akhirat anda dan galakkan ahli keluarga anda yang lain serta teman dan taulan agar turut sama menyumbang projek Ihsan ini. Semoga Allah berkati rezeki anda.

Projek Ihsan ini di bawah pimpinan Darul Ajyal Learning Centre & Services pimpinan U.H. Ismail Ahmat El-Ajyali. Sila hubungi kami di talian 9784 7964 untuk keterangan lanjut.