fbpx

Pick & Go SG bergabung bersama Darul Ajyal dalam usaha beramal

1 September 2021
Dengan besar hati, kami ingin menyampaikan berita yang sangat menarik kepada anda semua. Kami telah diberitahu bahawa syarikat Pick & Go SG akan bergabung bersama kami. Bagi setiap pesanan yang diterima, akan didermakan sebanyak lima puluh sen kepada yayasan Darul Ajyal Learning & Services.
Pick & Go SG hanya bekerjasama dengan tempat makanan yang Halal mahupun yang ‘Muslim-owned’, dan juga memberikan servis (perkhidmatan) penghantaran di seluruh Singapura (islandwide).
Pick & Go SG telah mula beroperasi pada Mac 2020 dan mereka telah berkembang hingga saat ini. Pemilik syarikat itu telah menghubungi kami dan berhasrat untuk mendermakan lima puluh sen daripada setiap pesanan kepada yayasan yang memerlukan. Kami mengalu-alukan kepada sesiapa yang berhasrat untuk memberi sumbangan yang lebih.
Pada masa ini, terdapat aplikasi yang disediakan kepada pengguna ‘Android’. Anda juga boleh membuat pesanan menerusi lelaman web mereka. Tempat makanan kegemaran sepanjang masa seperti Warong Nasi Pariaman, Victory Restaurant, Islamic Restaurant, Sofra Turkish Cafe, Julie Bakes, Ahmad Spring Satay, Satay Sumang dan ramai lagi adalah penjual-penjual yang mengambil bahagian.
Sila kunjung ke lelaman web mereka dan beri pesanan anda kerana harganya amat berpatutan.

Dengan cara ini, anda bukan sahaja memberi sokongan kepada perniagaan lokal (Syarikat Muslim) tetapi anda juga dapat memberi sumbangan amal jariah. Sila lungsuri lelaman website syarikat di bawah ini:

Marilah kita sama-sama menyokong syarikat anak Melayu kita (Pick & Go SG) dalam memesan makan halal di Singapura ini sebagai jamuan harian kita. Kerana setiap tempahan kita melalui syarikat ini, akan ada sumbangan amal jariah untuk kebajikan kita bagi orang yang memerlukan bantuan di dalam mahupun di luar negara yamg akan diuruskan oleh Darul Ajyal Learning Centre & Services, yang dikendalikan oleh U.H. Ismail Ahmat El-Ajyali dan isterinya, Ustazah Hamidunnisah Bte Mohd Hussein.

Ayuh, berikanlah sokongan anda semuanya. Semoga bermanfaat buat diri kita dan orang lain di dunia mahupun di hari Akhirat kelak, Insha-Allah. Terima kasih atas sokongan semuanya. Wassalaam.