fbpx

Kursus Jenazah

Pelajari semua peringkat pengurusan jenazah secara terperinci, jelas, mudah dan menyeluruh.

Manfaat yang akan diperolehi

Penyelamat Masyarakat

Pengurusan Jenazah dalam Islam merupakan tuntutan Fardhu Kifayah. Wajib bagi setiap masyarakat untuk mempunyai seorang yang arif dalam mengurus jenazah Muslim.

Kemahiran Mengurus Jenazah​

Pengurusan jenazah tidak boleh dilakukan secara sesuka hati. Sebaliknya ada tatacara dan kaedah yang perlu dilakukan.

Ganjaran Amat Besar​

Allah ﷻ telah menjanjikan ganjaran yang begitu hebat bagi mereka yang menguruskan jenazah.

Ganjaran yang telah dijanjikan Allah ﷻ

“Barangsiapa yang memandikan jenazah Muslim lalu menyembunyikan aibnya, maka Allah akan mengampuninya sebanyak empat puluh kali..” (HR Al-Hakim & Al-Baihaqi)
“Barangsiapa yang mengkafani jenazah, maka Allah akan memberi pakaian dari Sundus dan Istabarak (sutera lembut) di dalam syurga kelak”. (HR Al-Hakim)
“Barangsiapa yang mengikuti jenazah sampai menyolatinya, baginya akan mendapat pahala satu qiroth, dan barangsiapa yang berjalan mengiringi jenazahnya sampai dikubur, baginya akan mendapat pahala dua qiroth, dan satu qiroth itu (besarnya) seperti gunung Uhud”. (HR An-Nasa’i)
“Barangsiapa yang menggali kuburan untuk jenazah dan dia memasukkannya ke dalam kuburan tersebut, maka dia akan diberi pahala seperti pahala membuatkan rumah, yang jenazah itu dia tempatkan (di dalamnya) sampai hari kiamat.” (HR Al-Baihaqi & Al-Hakim)​

Pelajari kesemua proses dalam mengendalikan jenazah

Pengurusan jenazah bermula daripada proses memandikan, mengkafankan sehingga pengkebumian mestilah diuruskan dengan ilmu yang cukup supaya ianya dapat dijalankan mengikut syariat Islam dan tatacara penuh adab sebagai penghormatan terakhir kepada si mati.

Jenazah & Kematian – Persiapan dan Kepentingan
Nazak & Arahan Sebelum Hembusan Nafas Terakhir
Prosedur Selepas Sahaja Kematian Berlaku
Memandikan, Mengkafankan, dan Solat Jenazah
Pengebumian, Menggali Kubur & Doa
Ihdad (Berkabung) & Edah

Perincian kursus

Lokasi

Darul Ajyal
Centropod, 80 Changi Road
Singapore 419715

Sesi

Setiap Ahad (8.00 – 9.00pg)

Kursus akan bermula pada 4 Jun 2023

Harga

1. $200 untuk 6 sesi

2. Registration Fee: $40

3. Buku Pengajian: $10

Pembimbing kursus

Ustaz Ismail Ahmat El-Ajyali

Daftar di sini

Sila isi borang ini. Kami akan menghubungi anda untuk langkah seterusnya. Pembayaran boleh dilakukan secara online, bank transfer atau PayNow.
Maklumat anda

Inginkan servis Pengurusan Jenazah?

Kami juga menyediakan perkhidmatan pengurusan jenazah 24/7 untuk anda.