Apa yang Anda Akan Pelajari
Kursus ini direka untuk memberikan anda pengetahuan dan kemahiran asas yang diperlukan untuk memimpin solat sebagai seorang imam dengan penuh keyakinan.
Tanggungjawab Imam Solat
Memahami peranan utama imam dalam memimpin solat berjemaah dan membimbing jemaah dengan bacaan yang tepat dan tertib.
Kefahaman Tajwid dan Bacaan Al-Quran
Mempelajari asas-asas tajwid untuk meningkatkan kesahihan bacaan Al-Quran melalui latihan praktikal dalam bacaan Surah Al-Fatihah dan Surah-surah pendek.
Adab dan Etika Imam Solat
Menghayati adab dan etika yang diperlukan semasa memimpin solat dengan sikap rendah hati, sabar, dan adil dalam memimpin solat berjemaah.
Kepentingan Bacaan yang Tepat dan Tertib
Mengelakkan kesalahan yang mengubah makna ayat untuk meningkatkan khusyuk dan kualiti solat.
Kelebihan Mengikuti Kursus Ini
Dengan menyertai kursus ini, anda akan meraih pelbagai kelebihan yang akan mempersiapkan anda menjadi imam solat yang berkeyakinan, berilmu, dan dihormati.
Meningkatkan Keyakinan Diri
Kursus ini akan membantu anda merasa lebih yakin dan selesa dalam peranan sebagai imam solat, serta mempelajari teknik-teknik untuk mengatasi kegugupan dan meningkatkan keyakinan diri.
Pembinaan Kepimpinan
Mengasah kemahiran kepimpinan yang diperlukan untuk memimpin solat berjemaah dan memberi bimbingan kepada jemaah, serta memahami bagaimana menjadi pemimpin rohani yang dihormati dan disegani.
Jaringan dan Komuniti
Bertemu dan berinteraksi dengan individu yang mempunyai minat yang sama dalam bidang keimaman, serta membangun jaringan sokongan yang kuat dengan rakan-rakan peserta kursus dan pembimbing.
Perincian kursus
Lokasi
Darul Ajyal
Centropod, #05-05, 80 Changi Road
Singapore 419715
Centropod, #05-05, 80 Changi Road
Singapore 419715
Sesi
Sabtu (1.00 – 4.00 ptg)
Harga
Kursus ini adalah percuma.
Pembimbing kursus
Ustaz Ismail Ahmat El-Ajyali
Berpengalaman mengajar selama 25 tahun dan menjadi pembimbing Imam dan Khatib untuk MUIS dan masjid-masjid setempat.
Pendidikan:
B.A. Usuluddin – Universiti Sunan Giri
M.A. Universiti – Darul Ulum (UNDAR)
Pendidikan Uni. Al-Azhar (Usuluddin: Hadith tahun 1-3)
Pendidikan:
B.A. Usuluddin – Universiti Sunan Giri
M.A. Universiti – Darul Ulum (UNDAR)
Pendidikan Uni. Al-Azhar (Usuluddin: Hadith tahun 1-3)
Daftar di sini
Sila isi borang ini. Kami akan menghubungi anda untuk langkah seterusnya. Pembayaran boleh dilakukan secara online, bank transfer atau PayNow.
Feedback peserta Kursus Imam
Saya rasa lebih selesa dan konfiden untuk menjadi imam jika ditolak kehadapan. Saya perolehi ilmu tajwid, makhraj dan sifatul huruf untuk menyempurnakan solat dan bacaan al-Quran. Yang sangat saya gemari adalah sesi praktikal kerana ustaz menunjukkan kami cara yang betul dan sempurna. Kesan kursus ini kepada saya ialah ia memberi saya keyakinan dan kepastian bahawa solat saya dilakukan dengan betul.
En. Shahindra36 tahun
Kursus ini sangat terperinci dan diterangkan dalam bahasa yang mudah. Setiap minggu, saya akan belajar benda baru, termasuk perkara yang saya tidak pernah dengar sebelum ini. Walaupun topik kursus ialah asas imam, ustaz juga mengajar tentang fiqh, tajwid, bacaan, dan lain-lain. Secara keseluruhan, saya sangat berpuas hati dapat belajar dengan ustaz dan saya dapat keyakinan untuk menjadi imam bila-bila masa sahaja.
En. Ismail Shariffudin25 tahun
Kursus ini amat memenuhi jangkaan saya, terutamanya dalam bab amalan seharian dari beristinjak hingga ke pergerakan dalam solat. Perkara baru yang saya pelajari seperti cara bersolat dan mengambil wuduk ketika uzur sangat membantu, kerana melalui praktikal, baru saya tahu cara-cara tertib dan sah. Pergerakan dan bacaan amat membantu saya walaupun saya masih perlu meningkatkan bacaan saya. Input dari kelas sangat bagus sebagai pengetahuan asas untuk semua orang. Kursus ini sangat terperinci pada topik-topik yang dibincangkan, tiada apa yang terlepas. Saya dapat memerhatikan cara yang betul dan juga cara yang salah yang ramai mungkin tidak tahu.
En. Muhammad Haikal33 tahun
Kursus imam sangat berguna untuk menjadi imam di rumah bersama keluarga. Saya mempelajari makhraj dan sifatul huruf dalam solat. Saya belajar perkara sunnah dan wajib dalam pergerakkan solat jemaah sebagai masbuq dan komunikasi antara imam dan bilal yang tidak pernah saya lakukan selama ini.
En. Sharifuddin Ahmad
Previous
Next
Soalan lazim
Peserta harus mempunyai asas dalam Bacaan Al-Quran dan Tajwid serta berumur 16 tahun hingga ke peringkat dewasa.
Kursus ini dijalankan dalam satu sesi selama 3 jam.
Pendaftaran adalah percuma dan boleh dilakukan melalui borang online yang disediakan. Tiada pembayaran diperlukan untuk kursus ini.
Kursus akan dimulakan apabila mencapai jumlah pendaftaran yang cukup. Tarikh mungkin berubah mengikut jumlah pendaftaran. Daftar segera dan kami akan memaklumkan tarikh permulaan.
Ingin Memperkukuhkan Bacaan Al-Quran Anda?
Sebagai seorang Imam, memahami dan melafazkan Al-Quran dengan tepat adalah kunci untuk melaksanakan tanggung jawab anda. Kelas Al-Quran dan Tajwid kami adalah tambahan yang sempurna untuk pengetahuan anda.
Dalam kelas ini, anda akan belajar bagaimana menghalusi bacaan dan tajwid Al-Quran, yang akan memperkaya pengalaman ibadah anda dan jemaah. Kelas ini juga membantu memastikan anda melafazkan ayat-ayat Al-Quran dengan cara yang betul dan tepat.