fbpx

Sumbangan Ihsan Ramadhan 2022: Indonesia dan Kemboja

11 March 2022

Sempena bulan Syaaban yang dimuliakan Allah dan bakal menjelang Ramadhan 2022, Darul Ajyal ingin menyeru kepada sesiapa yang berminat untuk menghulurkan bantuan kepada keluarga fakir miskin di Indonesia dan Kemboja. Kami masih jalankan usaha yang murni ini walaupun di sana suasana masih Covid-19 seperti tahun yang lalu.

Berbagai jenis waqaf dan amal jariah sedang menanti anda untuk kesempatan ini, semoga Allah memberkati rezeki anda semua serta membalas jasa baik budi anda dengan sebaik balasan insyaAllah. Amiin.

Bagi sesiapa yang berminat untuk menyalurkan bantuan Waqaf dan kebajikan untuk anak-anak yatim dan fakir miskin di Indonesia dan Kemboja yang sedang memerlukan sekarang, salurkanlah sumbangan anda dengan berwaqaf. Kami salurkan amal jariah ini untuk mereka yang amat memerlukan dan mengharapkan ihsan dari anda.

Semoga Allah murahkan rezeki anda sekeluarga dan peroleh pahala dan ganjaran daripada Allah yang berterusan, insyaAllah.

Oleh itu, anda boleh pilih 10 jenis sumbangan yg anda ingin hajatkan:

  1. Waqaf Pusat Pendidikan Darul Ulum El-Ajyal. ($50 untuk 1 nama)
  2. Waqaf Eksklusif yang diperlukan di Indonesia. ($500 untuk 5 nama)
  3. Waqaf Al-Quran untuk diagihkan ke masjid-masjid dan pusat pendidikan tahfiz. ($30 untuk senaskah)
  4. Tahlil dan khatam Al-Quran di Madinah Al-Munawwarah dan di Pusat Tahfiz di Indonesia. ($300 untuk 1 nama)
  5. Waqaf Perigi. ($600 untuk 7 nama)
  6. Buka puasa untuk fakir miskin dan anak yatim. ($10 untuk 1 keluarga sehari)
  7. Kelengkapan solat untuk anak-anak yatim. ($50 untuk 1 anak)
  8. Sumbangan beras dan fidyah. ($50 seguni atau $2 untuk 1 hari)
  9. Aqiqah dan Nazar kambing serta jamuan. ($250 seekor)
  10. Kami juga menerima Zakat Harta anda untuk diagihkan kepada 8 Asnaf.

Ayuh, salurkanlah sumbangan anda dengan menyumbang secara peribadi, agar kami dapat salurkan amal jariah buat mereka sebagai jamuan harian mereka sekeluarga pada bulan Ramadhan ini.

Sumbangan boleh dilakukan secara:
  1. Paynow: Sila salurkan derma anda ke nombor ini 97847964
  2. Transfer ke POSB Acc: 024-50506-5

Sila transfer atau Paynow kepada kami dan jangan lupa sertakan nama para penyumbang dan gambar resit anda dan WhatsApp pada kami setelah anda salurkan melalui Paynow atau transfer.

Bayangkan pahala ihsan anda jika anda menyumbang untuk jalan Allah ﷻ untuk menanamkan kepedulian anda buat mereka semuanya. Dengan doa mereka, setiap sumbangan anda akan bertukar menjadi ganjaran pahala semasa kita hidup apatah lagi setelah kita kembali kepada Allah.

Tambahkanlah amal jariah anda sebagai bekalan anda untuk di hari Akhirat anda dan galakkan ahli keluarga anda yang lain serta teman dan taulan agar turut sama menyumbang projek Ihsan ini. Semoga Allah berkati rezeki anda.

Projek Ihsan ini di bawah pimpinan Darul Ajyal Learning Centre & Services pimpinan U.H. Ismail Ahmat El-Ajyali. Sila hubungi kami di talian 9784 7964 untuk keterangan lanjut.