Tentang Darul Ajyal
Darul bermaksud rumah. Ajyal bermaksud generasi.
Darul Ajyal ialah pusat sehenti untuk kelas keagamaan, kebajikan, rawatan Islam, perundingan hal ehwal keluarga dan program keagamaan. Darul Ajyal diasaskan oleh Ustaz Ismail Ahmat El-Ajyali pada tahun 2000.
Misi kami
Melahirkan generasi yang beriman, berwawasan dan berpengetahuan.
Cara kami mengajar
Teori boleh diikuti secara online supaya sesuai dengan jadual kerja anda. Amalan seperti solat, wuduk dan pengurusan jenazah mesti dipraktikkan bersemuka, jadi sesi praktikal diadakan di pusat kami supaya ustaz dapat membetulkan anda secara terus.
Kelas diajar dalam Bahasa Melayu.
Tenaga pengajar

Pengasas. 25 tahun mengajar, pembimbing Imam dan Khatib untuk MUIS dan masjid-masjid setempat. B.A. Usuluddin (Universiti Sunan Giri), M.A. (Universiti Darul Ulum), pengajian Hadith di Universiti Al-Azhar.
Langkah anda untuk menjadi imam
Mula dengan pengenalan percuma 4 sesi. Jika sesuai, teruskan ke Kursus Imam penuh.